top of page

Tujuan Penubuhan

Pertubuhan Suara Kreatif Kesenian Generasi Muda – Tujuan penubuhan pertubuhan ini:
1. Membangunkan dan memajukan industri Filem dan Seni tanahair sehingga ke peringkat antarabangsa dan global.
2. Menjayakan Festival Filem Pendek, dan Festival Filem.
3. Melakukan kajian berkaitan filem dan seni.
4. Menerima aduan berkaitan masalah dalam bidang filem dan seni.
5. Menyuarakan masalah orang seni sehingga ke peringkat atasan dan semua media.
6. Memelihara hak generasi muda dalam bidang seni supaya tidak ditindas sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak. Pertubuhan ini akan berusaha sehingga mampu membawa ke peringkat atasan serta pengadilan.
7. Menonjolkan kebolehan orang muda dalam bidang perniagaan yang melibatkan seni dan filem.
8. Membina keyakinan diri pembikin filem dari golongan generasi muda.
9. Menjadi celik seni sebagai contoh mengadakan program TEDxTalk berkaitan seni kemudian di uploadkan di youtube supaya dapat ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.

Visi

Pertubuhan Suara Kreatif Kesenian Generasi Muda – Visi pertubuhan ini adalah:

1. Menjadikan ahli-ahli sebagai Pemikir Muda berjiwa kental dan usahawan yang inovatif dalam bidang seni & perfileman (sbg contoh Feature Film, Dokumentari, TV Drama, Animasi, Filem Pendek, Editing, CGI, Pemasaran) sehingga mencapai taraf global dan Multimedia Super Corridor.

2. Menjadikan Belia dan Generasi Muda yang mampu berdaya saing.

3. Menjadi suara bagi menyuarakan masalah dalam bidang filem dan seni.

4. Memelihara hak generasi muda dalam bidang seni.

5. Menambahbaik Industri filem tanah air.

6. Memetakan Industri Seni ke peringkat global.
7. Memberi semangat menjadi Usahawan

Misi

Pertubuhan Suara Kreatif Kesenian Generasi Muda – Misi pertubuhan ini adalah untuk:
1. Memupuk semangat silaturrahim.
2. Mengenalpasti masalah yang timbul dan mengemukakan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab atau yang berkaitan.
3. Menjayakan aktiviti berkaitan seni.
4. Sebagai tempat rujukan seperti khidmat nasihat dan sebagainya.
5. Mendapatkan ahli yang berminat didalam bidang seni.

bottom of page